Skip to main content

Pembudayaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pembelajaran Abad ke-21

Pengenalan Inisiatif

Inisiatif Pembudayaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pembelajaran Abad Ke-21 diwujudkan bagi memantapkan keupayaan murid untuk mengaplikasikan pengetahuan dan KBAT dalam menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi serta mencipta sesuatu. Inisiatif ini juga berhasrat untuk memantapkan kompetensi guru dan pentadbir sekolah serta memperkasakan JPN dan PPD dalam pembudayaan KBAT melalui pelestarian keupayaan tadbir urus kendiri.

Pembudayaan KBAT berfokus kepada usaha dalam meningkatkan kompetensi guru agar mencapai tahap cemerlang dalam PdP berasaskan KBAT serta meningkatkan penguasaan murid dalam literasi Sains, Matematik, Bacaan dan Kewangan seiring dengan kehendak global. Segala usaha ini adalah untuk memastikan kedudukan negara meningkat dalam pentaksiran antarabangsa.

Fokus 2025

Visi :
Murid yang berpengetahuan, mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi dan berdaya saing pada peringkat global

Objektif :
- Meningkatkan keupayaan murid untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran berfikir aras tinggi dalam menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi serta mencipta sesuatu
- Memantapkan kompetensi guru dan pentadbir dalam membudayakan KBAT melalui Latihan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
- Melestarikan keupayaan tadbir urus kendiri, JPN, PPD dan sekolah ke arah kecemerlangan dalam membudayakan KBAT
- Memastikan semua guru KPM melaksanakan pembelajaran kendiri secara dalam talian menggunakan Buku Panduan Pembinaan Item KBAT melalui platform DELIMa
- Melonjakkan kedudukan negara dalam pentaksiran antarabangsa menjelang 2025