Skip to main content

Pelaksanaan Program Transformasi Daerah

Pengenalan Inisiatif
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Program Transformasi Daerah (DTP) berusaha memastikan jurang pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berjaya dirapatkan tanpa mengira lokasi, status sosioekonomi dan jantina.  Justeru itu, peranan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah adalah sangat penting dalam memastikan setiap murid mendapat peluang pendidikan mengikut keperluan lokaliti.  DTP secara khususnya berperanan meningkatkan tahap keupayaan sistem sokongan JPN, PPD dan sekolah dalam menghasilkan sekolah yang berkualiti dan kemenjadian murid secara menyeluruh.

Fokus inisiatif DTP ini adalah untuk :
 - meningkatkan pencapaian murid layak menerima sijil SPM melalui intervensi berfokus berdasarkan potensi, kecenderungan dan bakat murid;
 - meningkatkan keupayaan dan kesediaan JPN dan PPD dalam memberi sokongan kepada sekolah mengikut keperluan; dan
 - meningkatkan keluwesan dan akauntabiliti sekolah dalam melaksanakan intervensi khusus berasaskan sekolah.


Fokus 2025

Visi :

JPN, PPD dan sekolah berautonomi dalam pengurusan operasi bagi meningkatkan kualiti pendidikan.

Objektif :
- Merapatkan jurang pencapaian murid dalam SPM melalui intervensi berfokus berdasarkan potensi, kecenderungan dan bakat murid.
- Meningkatkan keupayaan dan kesediaan JPN dan PPD dalam memberi sokongan kepada sekolah mengikut keperluan.
- Meningkatkan keluwesan dan akuantabiliti sekolah dalam melaksanakan intervensi khusu berasakan sekolah.