Pengenalan Inisiatif Pemantapan Profesionalisme Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) bertujuan meningkatkan profesionalisme dan kualiti PPP mengikut laluan kerjaya sedia ada iaitu laluan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), Kepimpinan dan Pengurusan, serta Kepakaran Bidang Khusus Pendidikan (SME). Usaha ini digerakkan melalui program pembangunan profesionalisme secara berstruktur bagi memastikan PPP kekal kompeten. Di samping itu, inisiatif ini turut memberi penekanan kepada usaha memastikan kesejahteraan psikologi PPP melalui Program Kesejahteraan Psikologi dan Program Literasi Undang-Undang agar PPP terus kekal berkualiti sepanjang tempoh perkhidmatan.
Fokus 2025
Visi :
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang profesional dan berkualiti di pelbagai peringkat KPM.
Objektif : - Memastikan PPP mengikuti latihan pembangunan kompetensi yang berstruktur berdasarkan bidang tugas, laluan kerjaya dan gred. - Memperkukuh kesejahteraan psikolgi PPP melalui profiling dan intervensi berkesan. - Memastikan KPM mempunyai senarai PPP pakar yang melepasi penilaian kepakaran dan diiktiraf di peringkat KPM sebagai rujukan utama.