Skip to main content

Pemartabatan Pendidikan Bahasa Melayu

Pengenalan Inisiatif

Inisiatif Pemartabatan Pendidikan Bahasa Melayu telah diperkenalkan pada tahun 2017 untuk menyokong Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu (MBM) melalui aktiviti-aktiviti Bahasa Melayu yang berimpak tinggi. 

Program yang dilaksanakan di bawah inisiatif  ini berfokus untuk meningkatkan keterampilan berbahasa murid dan guru di samping meningkatkan tahap profesionalisme guru Bahasa Melayu terutamanya dalam bidang pedagogi dan kompetensi berbahasa.

Fokus 2025

Visi :
Murid Berketrampilan Bahasa Melayu

Objektif :
- Memantapkan kompetensi guru Bahasa Melayu melalui Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB).​
- Meningkatkan kecekapan berbahasa guru Bahasa Melayu bukan opsyen​.
- Meningkatkan peratus pencapaian kepujian Bahasa Melayu peringkat SPM​.
- Memperkasakan aktiviti kebahasaan dalam kalangan warga pendidik dan murid.​
- Menyediakan laporan teknikal pelaksanaan Program Inisiatif #108 Pemartabatan Pendidikan Bahasa Melayu 2016-2025.