Skip to main content

Pembangunan Program Pendidikan Pintar Cerdas

Pengenalan Inisiatif

Program Pendidikan Pintar Cerdas (PPPC) yang telah memasuki tahun ketiga pelaksanaannya, merupakan usaha KPM untuk membangunkan murid pintar cerdas yang mempunyai tahap kecerdasan otak (Intelligence Quotient, IQ) pada skor melebihi 130 secara optimum khususnya dalam bidang STEM. 
Murid PPPC sehingga kini telah mendapat akses kepada Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) khusus dan fleksibel daripada guru pakar melalui kesepaduan Program Pembelajaran Pecutan, Mampatan dan Pengayaan di peringkat nasional serta antarabangsa. Selain itu, PPPC juga memberi fokus kepada peningkatan profesionalisme guru yang terlibat melalui jaringan dan jalinan dengan agensi serta institusi pendidikan yang relevan untuk membimbing murid pintar cerdas ini.


Fokus 2025

Visi :
Pendemokrasian Pendidikan Pintar Cerdas dengan memberi peluang kepada murid yang mempunyai kepintaran luar dari kebiasaan  memperoleh akses kepada pendidikan yang mengoptimumkan kemampuan dan kebolehan mereka.

Objektif :
- Melaksanakan Pelan Hala Tuju Pendidikan Pintar Cerdas bagi menyediakan akses kepada pendidikan pintar cerdas yang berkualiti kepada murid yang mempunyai kepintaran luar daripada kebiasaan.
- Melaksanakan saringan universal bagi semua murid di kohort tertentu untuk mengenal pasti jumlah sebenar murid pintar cerdas yang wajar mengikuti pendidikan pintar cerdas.
- Menetapkan laluan pendidikan pintar cerdas yang jelas dan menyeluruh bagi memastikan peluang pendidikan murid yang mengikuti laluan ini terjamin.
- Menyediakan peluang dan sokongan Pendidikan Pintar Cerdas bagi murid yang mempunyai kepintaran luar daripada kebiasaan dalam aliran perdana (inklusif).