Skip to main content

Pembiayaan Saksama bagi Bantuan Persekolahan KPM

Pengenalan Inisiatif

Inisiatif Pembiayaan Saksama bagi Bantuan Persekolahan KPM merupakan inisiatif bawah anjakan ke-10, iaitu memaksimumkan keberhasilan murid hasil daripada kos yang dibelanjakan. Objektif inisiatif ini adalah untuk memanfaatkan peluang kecekapan dengan mengagihkan peruntukan mengikut keutamaan, mengoptimumkan peruntukan yang disalurkan untuk keberhasilan memastikan murid dan kesaksamaan dalam pengagihan peruntukan bantuan persekolahan mengikut keperluan dan keadaan semasa.
Inisiatif ini meneruskan pemberian autonomi kepada pengurus sekolah untuk membuat pindah peruntukan antara lima jenis Bantuan Persekolahan (BP) Umum KPM kepada kohort seterusnya berdasarkan kriteria yang ditetapkan. Pemberian autonomi ini memberi satu kelebihan kepada sekolah terlibat untuk membuat pindah peruntukan di peringkat pengurusan sekolah masing-masing.

Fokus 2025

Visi :

Pembiayaan saksama dan pemberian autonomi kepada sekolah untuk mencapai pengurusan kewangan yang lebih strategik bagi meningkatkan keberhasilan murid.

Objektif :
- Memanfaatkan peluang kecekapan dengan mengagihkan peruntukan mengikut keutamaan.
- Mengoptimumkan peruntukan yang disalur untuk keberhasilan murid.
- Kesaksamaan dalam pengagihan peruntukan bantuan persekolahan mengikut keperluan dan keadaan semasa.