Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah menggariskan kerangka pembangunan transformasi sistem pendidikan yang menyeluruh bersandarkan sebelas anjakan utama. Anjakan kedua PPPM 2013 – 2025 menetapkan agar peningkatan kemahiran penguasaan semua murid dalam BI menjadi keutamaan. Setiap murid akan mengikuti pembelajaran BI daripada guru yang mempunyai kemahiran mengikut standard antarabangsa. Bagi mencapai aspirasi anjakan kedua ini, Inisiatif Pengukuhan Pendidikan bahasa Inggeris memainkan peranan penting dalam menghasilkan modal insan yang mahir berbahasa Inggeris dan meningkatkan kebolehpasaran di peringkat global.
Fokus 2025
Visi : Setiap murid mencapai penguasaan bahasa Inggeris yang diaspirasikan berdasarkan piawaian antarabangsa CEFR.
Objektif : - Meningkatkan profisiensi guru Bahasa Inggeris ke tahap minimum CEFR C1. - Menghasilkan modal insan yang mahir berbahasa Inggeris bagi mempertingkatkan kebolehpasaran di alam pekerjaan. - Melonjakkan penguasaan kemahiran Bahasa Inggeris murid mengikut aspirasi berikut : - Prasekolah : Menuju ke A1 - Sekolah Rendah Tahap 1: A1 - Sekolah Rendah Tahap 2: A2 - Menengah Atas: B1/B2