Skip to main content

Peningkatan Akses daripada Prasekolah hingga Menengah Atas

Pengenalan Inisiatif

Akses ialah salah satu daripada aspirasi sistem pendidikan yang ingin dicapai dalam PPPM 2013-2025. Setiap kanak-kanak warganegara Malaysia berhak mendapat kesamarataan peluang pendidikan bagi membolehkan mereka mencapai potensi masing-masing tanpa mengira taraf ekonomi, etnik, latar belakang atau di mana mereka berada. Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa komited memastikan kadar akses sejagat tercapai dalam kalangan kanak-kanak dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat menengah atas (Tingkatan 5). Komitmen ini termasuklah memastikan semua murid berpeluang mendapat pendidikan di sekolah dan kanak-kanak yang tidak bersekolah didekati secara proaktif. KPM sentiasa berusaha melaksanakan pelbagai aktiviti untuk meningkatkan enrolmen murid dari prasekolah hingga menengah atas dan mengurangkan kadar keciciran murid bagi mencapai enrolmen sejagat iaitu 95 peratus.

Fokus 2025

Visi :
Semua kanak-kanak mendapat akses pendidikan yang berkualiti daripada peringkat prasekolah hingga peringkat menengah atas.

Objektif :
- Memastikan setiap kanak-kanak berpeluang mendapat pendidikan yang berkualiti daripada peringkat prasekolah hingga menengah atas.
- Mencapai matlamat pendidikan Global Sustainable Development Goal 4 (SDG4-Education 2030) yang telah dipersetujui  bersama-sama UNESCO.