Skip to main content

Penyediaan Infrastruktur Asas di Semua Sekolah

Pengenalan Inisiatif

Infrastruktur fizikal di sekolah yang selamat dan selesa amat penting dalam memastikan persekitaran pembelajaran dan pengajaran yang kondusif dapat dicapai. Tumpuan inisiatif ini adalah bagi memastikan semua sekolah dilengkapkan secukupnya bagi menyokong penyampaian PdP yang berkesan. Justeru itu, usaha pembangunan semula atau menaik taraf sekolah yang mempunyai bangunan daif mengikut standard infrastruktur berdasarkan kesesuaian dan keperluan setempat di semua sekolah merupakan keutamaan KPM. Ini selari dengan keperluan pembangunan infrastruktur sekolah yang telah digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Fokus 2025

Visi :

Semua sekolah mempunyai infrastruktur yang berada dalam keadaan kondusif​.

Objektif :
- Semua sekolah mempunyai kemudahan infrastruktur asas untuk penyampaian kurikulum dan pedagogi yang lebih berkesan.
- Ubah suai naik taraf serta melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan di sekolah.