Skip to main content

Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah (PLaN)

Pengenalan Inisiatif

Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah (PLaN) adalah untuk memastikan murid sekolah rendah menguasai literasi dan numerasi sebelum meneruskan pendidikan mereka ke peringkat menengah. PLaN berfokus kepada tiga subjek iaitu Bahasa Melayu (BM), Bahasa Inggeris (BI) dan Matematik.

Setelah diperluaskan ke 2536 buah sekolah rendah terpilih pada tahun 2021, pada tahun 2023, jumlah sekolah rendah yang menjadi sekolah focus hanya 419 sahaja.

Selain daripada sekolah yang diberikan keutamaan, sekolah rendah yang lain diberi autonomi untuk mengenal pasti murid yang memerlukan intervensi serta menjalankan intervensi yang bersesuaian bagi membantu murid agar melepasi tahap penguasaan (TP) 1 dan 2.

Fokus 2025

Visi :
Semua murid sekolah rendah menguasai literasi dan numerasi berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik.​

Objektif :
- Memastikan 10% bilangan sekolah kategori sederhana meningkat ke kategori tinggi, bagi murid Tahun 2 dan 3 yang belum menguasai TP3 dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik.
- Memastikan 10% bilangan sekolah kategori rendah meningkat ke kategori sederhana, bagi murid Tahun 2 dan 3 yang belum menguasai TP3 dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik.