Skip to main content

Transformasi Pendidikan Orang Asli dan Peribumi

Pengenalan Inisiatif

Inisiatif Pemartabatan Pendidikan Bahasa Melayu telah diperkenalkan pada tahun 2017 untuk menyokong Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu (MBM) melalui aktiviti-aktiviti Bahasa Melayu yang berimpak tinggi. 

Program yang dilaksanakan di bawah inisiatif  ini berfokus untuk meningkatkan keterampilan berbahasa murid dan guru di samping meningkatkan tahap profesionalisme guru Bahasa Melayu terutamanya dalam bidang pedagogi dan kompetensi berbahasa.

Fokus 2025

Visi :
Kesamarataan akses pendidikan yang berkualiti kepada murid Orang Asli dan Peribumi

Objektif :
- Meningkatkan bakat murid melalui suasana pembelajaran positif dengan penerapan  elemen perspektif peribumi yang dekat dengan jiwa murid Orang Asli dan peribumi (Dusun Bonggi dan Penan)
- Meningkatkan peluang pendidikan yang bersesuaian dengan keperluan murid Orang Asli dan peribumi (Dusun Bonggi dan Penan)
- Meningkatkan kompetensi profesionalisme guru sekolah Orang Asli dan peribumi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi mencapai tahap    penguasaan minimum TP 3 murid dalam PBD